Tarik nafas dalam -dalama sebelum
baca nie~
Ok,first of all. Memang aku terkejut besar bila ada yang keluarkan article pasal SNSD. Siap mention nama group tu. Aku jumpa article nie dalam twitter. Retweet from someone.
Aku tahu,lepas nie,comform lepas ni ada yg mengamuk nanti sbb ada pihak sentuh psl SNSD. Aku tak nak detailkan hal nie dgn SNSD,tapi menyeluruh.Ada paham.
MENYELURUH !
Apa yang aku faham daripada article nie,si blogger tu jadikan isu konsert di KLCC tu sbg contoh. Maybe sbb sekarang nie trend anak muda layan K-Pop. Dia mempersoalkan kenapa begitu mudah benarkn group SNSD ni buat performance kat Malaysia. Like we know ar kan,kalau tak Islam tu,comform ar seksi,so aku tak salahkan SNSD sangat.Yang aku hairannya,si penganjur tu. Takkan tak bagitahu garis panduan psl baju nie? Yang kenanya,si SNSD gak. Sebelum nie,kalau artis Barat yg datang Malaysia,bukan main suruh jaga adab,pakaian. And now? Takkan nak harapkan orang bukan Islam yang faham sendiri pasal agama kita.
And,aku ada baca gak bahagian komen tu. Someone comment mengenai fakta psl kpoppers nie :-
Assalamualaikum.
Wah, entri bahaya ini, akhi Hilal. Tak lama lagi pasti akan diserbu oleh para peminat fanatik K-Pop negara.. mereka ini pantang disentuh!
Teringat saya sebuah insiden yang berlaku akhir tahun lalu, seseorang mencuri identiti seorang gadis lalu membuka sebuah blog yang mengutuk artis korea. Kemudian blog itu dipromosi di laman-laman web para peminat K-Pop Malaysia.
Apa lagi, marahlah semua peminat tersebut, lantas mengeluarkan komen yang berupa carutan dan makian di blog tersebut, ada yang sehingga mengugut mahu membunuh, merogol gadis itu. Walhal mereka tidak sedar, gadis itu dicuri identiti sahaja. Keadaan adalah keterlaluan sehingga laporan polis terpaksa dibuat demi keselamatan gadis tersebut.
http://putri-roh.blogspot.com/2011/12/lagi-kes-curi-identiti-blogger-budak.htmlInsiden ini berlaku di Malaysia, akhi. Dilakukan oleh para peminat K-Pop Malaysia. “Menyentuh” sensitiviti artis Korea dah macam menyentuh sensitiviti tuhan pula.
Saya secara peribadi melihat ini satu fenomena yang sangat membahayakan dan mengancam jatidiri Islam dalam diri kita. Sekadar perkongsian, kerana tak lama lagi pada hemat saya, artikel akhi ini juga akan menjadi “sasaran”. Silap haribulan, akhi akan berhadapan dengan “gerombolan tentera” yang lebih besar daripada tentera yang membela Tun Mahathir tempoh hari!
Wassalam.
I have to admit it,it is true. Rata-ratanya dak kpop nie dah mcm kena sampuk kalau someone or group yang dia minat kena bash. Errr,aku pun macam tu jugak dulu. Zaman khilaf~ But now,lantak korang nak cakap apa. Janji aku control diri aku dgn baik sudah. Macam chinggu aku cakap,aku dah dapat hidayah. ^_^
Conclusionnya,hiburan x slh kalau x undang maksiat. Suka x slh selagi kena caranya. Ambil yang positif,buang yang negatif.